Saturday, 31 May 2014

Pemakanan sihat kanak-kanak

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.

1. Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 
a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.
c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.


Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 – 3 tahun
4 – 6 tahun
Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
6
8
Susu
1 gelas
2 – 3
3
Ikan dan gantiannya
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
2
2
Sayur-sayuran
2 sudu makan
2
2
Buah-buahan
1 potong atau satu biji
1
1

Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.

Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

                                        
                                               

                                              CARTA PIRAMID MAKANAN

Kalau kita sayangkan anak-anak kita....pastikanlah kita menjaga pemakanan mereka kerana jika makanan yang disajikan tu seimbang dan sihat....maka anak kita akan membesar dengan baik dan sihat . Ikutlah sukatan makanan seperti yang ditunjukkan di dalam carta di atas tu ye....   (^__^)