Thursday, 29 May 2014

Psikomotor Kanak-Kanak

Psikomotor kanak-kanak? Hmmm..ape tuh? Mcm pelik jer bnyinya kan bg yang belum pernah dengar... (^__^). Sebenarnya ianya adalah merupakan salah satu kemahiran yang ada pada setiap kanak-kanak. maksudnya macam ni...kanak-kanak berjalan, berlari, memanjat, bermain doh, menari dan sebagainya. Segala aktviti yag melibatkan pergerakan tubuh badan kanak-kanak tu akan dipanggil Psikomotor dan ianya terbahagi kepada 2 kemahiran iaitu kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. (*_*)
Laaa....lagi ler pelik bunyinya.  Kemahiran motor halus ialah kemahiran bermain yang mengunakan koordinasi mata dan tangan. Manakala kemahiran motor kasar ialah yang menggunakan seluruh anggota badan seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. xpe2...nanti kita sama2 nengok apa aktiviti yang kanak-kanak buat dalam kemahiran motor halus ni yekkk.....

    
Gambar di atas ni ialah kanak-kanak bermain doh. Nak main doh ni kenalah menguli, menggentel dan membentuk doh tersebut supaya menjadi satu objek. Contohnya jadi bentuk kuih, bentuk haiwan, huruf dan sebagainya. Nak main doh ni jugak sangat-sangat memerlukan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak tu. Disamping itu ia juga memerlukan kemahiran berfikir dan kreatif.

Di dalam kemahiran motor kasar pula, kanak-kanak memerlukan membuat pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan. Aktiviti bermain dalah salah satu aktiviti yang secara menyeluruh enggunakan kemahiran motor kasar. Di dalam aktiviti ini kanak-kanak akan berlari, memanjat, melompat, bergolek dan sebagainya. Contohnya macam gambar di bawah ni ler....  (^__^)

   











No comments:

Post a Comment