Mengikut Teori kecerdasan pelbagai dibangunkan oleh Dr.
Howard Gardner, seorang profesor pendidikan di Universiti Havard dalam
tahun 1983.Kecerdasan pelbagai ini dipecahkan kepada lapan jenis
kecerdasan iaitu:
- Bahasa/Linguistik- Kebolehan menggunakan bahasa dalam bentuk tulisan dan percakapan
- Logik-Matematik-Kebolehan menggunakan tatatanda, nombor logik dan pengiraan untuk membentuk penaakulan deduktif dan induktif
- Ruang (spatial)- Kebolehan mencorak, melukis, dan mengukir
- Muzik-Kebolehan mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik
- Kinestatik- Kebolehan menggunakan seluruh tubuh atau sebahagian anggota bada untuk melaksanakan tugas yang tertentu atau membentuk corak pergerakan yang khusus
- Interpersonal- Kebolehan berinteraksi dan memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan pelakuan orang lain
- Intapersonal- Kebolehan memahami kemahuan, matlamat dan perasaan diri sendiri
- Naturalis-Kemampuan meneliti gejala-gejala alam, mengaplikasi dan mengidentifikasi
Terdapat
pelajar yang berjaya mengembangkan satu jenis kecerdasan sahaja dan ada
pula yang berjaya mengembangkan lima atau enam kecerdasan tersebut.
Jesteru itu, untuk melahirkan pelajar yang berjaya perlulah setiap
pelajar diberi peluang dan dibimbing untuk mengembangkan potensi pintar
cerdas ke tahap optimum dalam pelbagai jenis kecerdasan.
Oleh itu sebagai ibubapa dan terutamanya guru hendaklah memberi dorongan kepada mereka agar mereka mampu berjaya seiring dengan minat dan kebolehan mereka itu
Contoh aktiviti yang dijalankan untuk mencungkil bakat kanak-kanak prasekolah..sila klik di sini
No comments:
Post a Comment